CIRI-CIRI POLAR FOTOVOLTIK MUNCUL DALAM BAHAN-2D

Buat pertama kalinya, para penyelidik telah menemui cara untuk mendapatkan polariti dan tingkah laku fotovoltaik dari bahan nonfotovoltaik tertentu, bahan atom rata(2D). Bagaimana susunan bahan adalah kunci untuk meningkatkan sifat panel suria. Kesan yang dihasilkan adalah berbeza dari segi potensi malah lebih tinggi daripada, kesan fotovoltaik yang biasa dijumpai di sel suria.

Kedua bahan tersebut adalah tungsten selenide (WSe2) dan fosfor hitam (BP), yang mempunyai struktur kristal yang berbeza. Pada asalnya, kedua-dua bahan itu tidak berpolar (tidak mempunyai arah pengaliran) dan tidak menghasilkan kesan kepada cahaya. Namun, dengan menyusun helaian antara WSe2 dan BP bersama-sama dapat menunjukkan polarisasi. Semasa lampu dihalakan pada bahan, bahan ini dapat menghasilkan arus. Kesannya berlaku walaupun kawasan pencahayaan jauh dari elektrod di kedua-dua hujung sampel; ini berbeza dengan bagaimana kesan fotovoltaik biasa berfungsi.

Bagaimana WSe2 dan BP diselaraskan adalah kunci utama kepada penemuan ini. Struktur kristal BP mempunyai simetri reflektif, atau cermin, dalam satu satah, sedangkan WSe2 mempunyai tiga garis simetri cermin. Oleh itu, apabila garis simetri bahan sejajar, polariti akan bertambah. Lapisan susun adalah kaedah fabrikasi kaedah baru yang dapat memperlihatkan sifat dan fungsi baru bahan. Manfaat dari penyelidikan ini, diharapkan dapat meningkatkan kecekapan panel cahaya menggunakan bahan nano yang dapat menghasilkan lebih banyak tenaga menggunakan panel cahaya.

Disediakan oleh,

Dr. Hidayani Binti Jaafar